Dalam ruangan yang serba serbi ini saya nak terang tentang apa itu k-pop dan hak sebagai peminat k-pop.
dipetik dari Sinar Harian Online (25 JUN 2012)
Apa sebenarnya K-Pop ini?
Jika dilihat secara definisi, K-Pop adalah sejenis genre muzik menggabungkan unsur tarian, elektronik, hip hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan.
Namun kita dapat lihat K-Pop ini bukan lagi sekadar muzik, tetapi seakan menjadi budaya popular dalam kalangan remaja di seluruh dunia.
Buktinya, fesyen dan gaya penyanyi K-Pop menjadi ikutan ramai.
Walaupun pengaruhnya nampak begitu kuat sejak akhir-akhir ini, K-Pop sebenarnya bukanlah genre baru, tetapi bermula lebih 20 tahun lalu iaitu pada 1992, apabila muzik rap dan tarian mula dikenali melalui populariti kumpulan K-Pop terawal, iaitu Seo Tai-ji & Boys.
Kumpulan itu menggabungkan unsur rap, rock dan tekno dalam muzik mereka dan ia dianggap sebagai saat permulaan K-Pop.
Kemudian, penubuhan agensi bakat terbesar Korea Selatan, SM Entertainment pada 1995 oleh usahawan Lee Soo Man melahirkan lebih ramai artis K-Pop.
Tetapi apa yang membuatkan K-Pop begitu popular sehingga dikenali di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini? Tentu sekali dengan bantuan Internet. Kewujudan laman peminat Facebook, profil Twitter dan video muzik di YouTube membolehkan K-Pop tersebar kepada lebih ramai pendengar, mencetus anjakan besar dalam populariti genre itu.
HAK SEBAGAI PEMINAT K-POP
1. Bebas mendapatkan apa sahaja mengenai artis k-pop yang di minat.
- peminat bebas mendapat lagu atau video mengenai artis mereka melalui pelbagai sumber internet seperti youtube dan google.
- tidak disekat sumber internet mengenai artis kpop kesukaan mereka.
- bebas mendapatkan tiket masuk konsert artis kpop di mana sahaja.
- tidak menyekat kedatangan artis kpop ke tanah air.
- tiada sekatan untuk membeli dan menjual barangan kpop sama ada beg, atau cakera padat mereka.
Gelombang kpop ini semakin meluas dengan ada teknologi kini yang mampu mengakses secara cepat. Sesetengah masyarakat berkata, hasil seni kpop ini lebih menyerlah berbanding artis lain. Meskipun kebanyakan artis kpop ini menjalani pembedahan plastik dalam tubuh badan mereka namun peminat tetap menyokong mereka. suara dan cara mereka berkarya itu sudah mampu memikat peminat kpop.