Apa itu IMM 13? Siapa pemiliknya? Hak mereka?
Bagi rakyat Sabah, kamu mesti tahu kan apa itu IMM13? Kalau pergi Jabatan Imegresen, pasti ada satu ruang jabatan khas untuk IMM 13. Tapi, kamu tahu ka kenapa IMM 13 ini wujud? untuk siapakah IMM13? Sedikit demi sedikit informasi mengenai IMM13 bagitahu.
Pengenalan
Pengenalan
- Pas IMM 13 merupakan suatu pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut peruntukan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Sejarah
Pada awal tahun 1970-an, pergolakan politik dan agama tercetus di selatan Filipina. Susulan daripada pergolakan tersebut, ramai warganegara Filipina yang beragama Islam lari ke Sabah dan Labuan untuk memohon perlindungan. Beberapa skim penempatan pelarian telah diwujudkan oleh kerajaan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna dan Labuan bagi tujuan di atas.
Memandangkan pelarian-pelarian ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah, kerajaan telah mengambil suatu langkah untuk mengiktiraf kehadiran pelarian-pelarian ini dengan meminda Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.
Menerusi pindaan tersebut, satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual (Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:
“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.
(k) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”
Pindaan di atas berkuatkuasa mulai 12 September 1972 dan selepas itu, pas lawatan HIF22 telah dikeluarkan kepada pelarian-pelarian tersebut dengan bayaran RM20.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.
Pengeluaran pas tersebut bertujuan membantu pemantauan kumpulan pelarian-pelarian tersebut memandangkan mereka berbeza dari kumpulan pekerja-pekerja asing dan juga pendatang-pendatang tanpa izin.
Pas lawatan HIF22 kemudiannya telah ditukar format kepada pas lawatan sosial IMM 13 dengan bayaran RM90.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut juga boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun. Pembaharuan pas tersebut selari dengan cadangan pihak Refugees Commission of the United Nations yang mengambilkira keadaan di negera asal pelarian-pelarian tersebut yang tidak membenarkan mereka untuk dihantar pulang.
Siapa yang layak memegang pas IMM 13?
Pada dasarnya, pelarian-pelarian dari Filipina yang masuk ke Sabah dan Labuan antara tahun 1972 hingga 1984 layak memegang pas tersebut. Selain itu, anak-anak pelarian yang memiliki sijil lahir (sama ada ibu atau bapa adalah pemegang pas IMM 13) juga layak memohon pas IMM 13 bagi membolehkan mereka tinggal bersama ibu bapa mereka di Sabah dan Labuan.
Prosedur permohonan
(i) Pemohon perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk membuat permohonan dengan mengemukakan sijil lahir asal yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
(ii) Ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 perlu hadir bersama pemohon dengan mengemukakan pas IMM 13 yang asal.
(iii) Sekiranya ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 telah meninggal dunia, pemohon perlu membawa salinan asal sijil kematian dan pas IMM 13 ibu atau bapa mereka yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Keistimewaan dan hak pemilik IMM13
- Pemegang IMM 13 dibenarkan tinggal di negeri Sabah dan Labuan mengikut tempoh yang dinyatakan dalam pas.
- Pemegang pas IMM 13 juga boleh bekerja di negeri Sabah dan Labuan tanpa perlu memohon pas kerja (tetapi bukan untuk bekerja dalam sektor profesional dan perkhidmatan awam).
- Mereka juga berhak untuk menerima pendidikan dan perkhidmatan kesihatan mengikut budi bicara pihak-pihak yang berkenaan.
Sumber:
Hi
ReplyDeleteAsalamualaikum dan salam sejahtera nak bertanya jika pemegang-pemegang imm13 meninggal dunia kemanakah melaporkan ke jpn atau ke jabatan emegresen tolong jawab terima kasih!?
ReplyDeleteAssalamualaikum sekiranya pemegang-pemegang imm13 meninggal dunia kemanakah melaporkan ke jpn atau ke jabatan emegresen tolong jawab terima kasih!?
ReplyDelete